Polisi Privasi
Privasi & Perlindungan Data
Halaman ini dikemaskini oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Kuala (SKSK) untuk menerangkan cara data anda dikendalikan dalam sistem ini. Terakhir dikemaskini: 29 Julai 2026.
Data yang Dikumpul
Sistem ini menyimpan maklumat berikut untuk tujuan pengurusan PIBG sahaja:
- Nama murid, kelas, dan No. Kad Pengenalan (KP)
- ID Keluarga (auto-jana) untuk menghubungkan adik-beradik
- Nama penjaga, no. telefon, dan email (jika bayaran online)
- Rekod bayaran sumbangan tahunan (RM60/keluarga) dan resit
Kegunaan Data
Data murid dan keluarga hanya digunakan dan disimpan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Seriku untuk tujuan berikut:
- Pengurusan senarai kelas dan guru kelas
- Rekod dan semakan bayaran sumbangan PIBG
- Pengesahan bayaran oleh admin dan guru kelas
- Komunikasi berkaitan aktiviti PIBG
Kami tidak menjual, menyewa, atau berkongsi data anda dengan mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
Keselamatan & Penyimpanan
Data anda dilindungi dengan langkah keselamatan berikut:
- No. KP disamarkan (encrypted) dalam paparan sistem — hanya admin sah yang boleh melihat rekod penuh
- Sambungan sistem menggunakan HTTPS (TLS) sepenuhnya
- Kata laluan pengguna disimpan dalam bentuk hashed (tidak boleh dibaca)
- Akses dikawal melalui Row-Level Security: hanya admin & guru kelas berdaftar yang boleh melihat data murid
- Fail resit disimpan dalam storan bucket peribadi (tidak boleh diakses secara umum)
- Bayaran online diproses melalui gateway berlesen (Chip) — kami tidak menyimpan maklumat kad
Hak Anda
Sebagai penjaga/waris, anda berhak untuk:
- Menyemak rekod bayaran anak anda melalui halaman Semakan Bayaran
- Meminta pembetulan data yang tidak tepat melalui guru kelas
- Meminta pemadaman rekod peribadi selepas anak tamat persekolahan di SKSK
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan privasi atau data peribadi, sila hubungi guru kelas anak anda atau AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Kuala melalui halaman AJK PIBG.